Tips Memilih Pasangan Hidup yang Baik

Tips Memilih Pasangan Hidup yang Baik

Seputartips.com - Memiliki pasangan hidup ataupun menikah adalah hak setiap orang, namun apakah Anda yakin sudah saling mengenal dengan calon pasangan Anda, apakah Anda yakin bahwa dia adalah pasangan hidup Anda yang tepat?
Menikah adalah saat di mana gerbang kesucian mulai dibentangkan..Menikah adalah saat di mana ketidak sempurnaan bukan lagi masalah yang mesti diperdebatkan..Menikah adalah saat di mana akar dirajut dari benang-benang pemikiran. Menikah adalah saat di mana syara direngkuh sebagai tolak ukur perbuatan..Menikah adalah saat di mana ketulusan diikatkan sebagai senyum kasih sayang.

Tujuan Menikah untuk memenuhi tuntutan naluri manusia. Ladies, manusia dibekali dengan hawa nafsu untuk berhubungan dengan lawan jenisnya, dan itu adalah naluri manusia yang asasi. Nah, pernikahan adalah cara yang paling mulia untuk memenuhi tuntutan tersebut. Setelah kita mengetahui tentang tujuan menikah maka Islam juga mengajarkan kepada umatnya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup karena hidup berumah tangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun saja, akan tetapi diniatkan untuk selama-lamanya sampai akhir hayat kita.

Inilah ada beberapa tips yang mungkin bermanfaat untuk anda yang ingin berencana mencari dan memilih pasangan hidup yang baik. Berikut seputar nya :

1. Agama


Seperti yang aku sebut sebentar tadi, ramai perempuan yang mencari pasangan yang boleh menjadi imam yang baik , manakala lelaki pula menjadi bakal isteri yang bertudung litup, dan pandai menjaga pergaulan. Seandainya benar kita ingin mencari pasangan yang sedemikian, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah untuk memperbaiki diri sendiri. Sudah dijanjikan kita akan memperolehi pasangan yang setaraf dengan kita, yang baik dengan yang baik, dan sebaliknya. Oleh sebab itu, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan melengkapkan diri kita dengan ilmu dan amalan yang cukup, seandainya anda mengidamkan seorang suami pandai mengaji, bijak menghormati wanita, fasih dalam bidang agama, maka anda sendiri perlu melengkapkan diri anda dengan ilmu tersebut, sama juga dengan lelaki yang menginginkan perempuan yang bertudung litup, pandai menjaga pergaulan dan pertuturan, anda juga perlu melakukan perkara yang sama.

Sekiranya anda belum mencapai tahap apa yang anda inginkan pada pasangan anda, masih ada masa untuk berubah, perbaiki apa yang kurang, tambah pengetahuan, pergi belajar daripada guru-guru yang arif, dan pelbagai lagi. InsyaAllah, impian anda untuk mencari pasangan idaman itu akan tercapai.

2. Kehidupan

Selain aspek agama, aspek kehidupan juga sering dititik-beratkan, terutamanya bagi golongan lelaki, bakal isteri perlu pandai memasak, pandai melayan suami, pandai segala-galanya. Memang tidak salah untuk kita mencari bakal isteri yang mempunyai semua kemahiran ini, tetapi cuba kita tanya kembali, adakah kita sendiri mempunyai kemahiran tersebut? adakah kita pandai memasak, adakah kita pandai melayan seorang isteri dan segala-galanya tadi? Seandainya jawapan anda adalah Ya, maka tidak perlu risau, kerana seandainya bakal isteri anda tidak pandai memasak, pasti mudah untuk anda mendidik beliau untuk menjadi seorang yang pandai memasak. Segalanya bermula dari diri kita sendiri sebenarnya, walaupun kadangkala sukar untuk kita terima kenyataan ini, tetapi hakikatnya adalah begitu, jangan asyik menuding jari ke orang lain mencari kesalahan, kerana sambil kita menuding, memang kesalahan tersebut semua dilakukan oleh kita juga.

3. Lain-lain

Perkara terakhir yang paling penting, adalah untuk sanggup menerima kelemahan dan kelebihan pasangan kita. Kehidupan berpasangan adalah untuk saling melengkapi, jika ada kekurangan pada pasangan kita, kita pastikan kita boleh menutup kekurangan itu dengan kelebihan diri kita. Tiada manusia biasa yang sempurna dalam dunia ini, kenapa perlu menghukum sesama sendiri, sedangkan kita sendiri juga tidak sempurna. Apabila kita mulai sedar dan sanggup menerima pasangan kita seadanya, pasti kehidupan kita akan lebih bahagia, tidak timbul soal sebarang kekurangan, kerana antara dua saling melengkapi. Jika kita terlalu mencari kesempurnaan, tanpa memperbaiki diri sendiri, nescaya sampai ke sudah kita tidak akan berpuas hati dengan setiap calon yang kita temui.

Belajarlah untuk menerima, menerima seadanya, dan perbaiki apa yang tidak elok dalam penjalanan kehidupan bersama pasangan anda, dan teruskan apa yang telah sesuai, semoga kehidupan kita lebih cemerlang dan bahagia sentiasa. Pasangan yang boleh menerima kekurangan pasangannya akan lebih mesra kerana banyak perkara yang mereka lakukan bersama agar ianya berjalan lancar, tolak ansur dalam perhubungan adalah sangat penting untuk memastikan semuanya teratur.

Semoga bermanfaat dengan ada beberapa tips di atas tentang seputar tips memilih pasangan hidup yang baik.